Friday, 26 September 2008

My Last Day Before Raya

Buah cempedak buah kepaya
Ambil galah tolong jolokkan
Bapak budak mau beraya
Silap dan salah tolong ampunkan.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

14 comments:

Anonymous said...

aiseh. i'm so crap at pantun2 to balas but nice one encik mosh.

selamat hari raya, maaf zahir batin,
drive safe!

-nonah-

zan said...

oh bapak budak mau beraya
balik kampung jgn lupa
meh sini duit raya
jgn pulak buat2 lupa

muahahah...

got this in my mailbox (utk org melaka) :

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

butterflutter said...

If my girls baca pantun tu mesti dah kena

Bukannnn lahhhh

Buah cempedak diluar pagar lahhh...

Btw, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

00 ye...

mosh said...

nonah: no pantun obligation here. Simple greetings is much appreciated still :). Selamat Hari Raya to you too

zan: wah! bley tahan jugak. isk kena pikir pulak ni...

pergi berkelah di tepi paya
makan kuaci dan buah kepaya
kalau mak budak nak beraya
mana aci mintak duit raya :p

bf: ehehehe. biasa tu. bebudak zaman sekarang.

Sesama la kita 0-0 :)

mamarawks said...

dasat la ada pantun...! eh? buah kepaya tu buah apa?

selamat hari raya mosh

mosh said...

nad: Selamat Hari Raya!

Buah kepaya tu adalah buah betik or papaya. Tak tau eh? Takkan orang melaka je cakap kepaya?

famyGirl said...

tak pernah dengar pun orang melaka cakap kepaya??

buah betik buah kepaya
dibawa adik di atas dulang
berhati-hati di jalan raya
semoga selamat pergi dan pulang.

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin dari famyFamily :)

hafiz238 said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Ni pantun yang pernah dikarang dahulu :)

Terbang ke desa burung kenari,
Melayang rendah di dahan pulasan,
Tibanya masa salam aidilfitri,
Sedih girang di perantauan,

Menjerat ikan sebulan purnama,
Luka jari disengat keli,
Perantau dagang itulah kita,
Patah semangat jangan sekali,

Dalam syahdu diulit kerinduan,
Seberang laut keluarga tercinta,
Tiba sudah hari lebaran,
Ampun maaf hamba pinta,

elisataufik said...

tak pernah dengar buah kepaya
dihiris ditambat dicicah kicap
ucapan Selamat Hari Raya
Saya tahu lambat tapi janji dah ucap.

:)

mosh said...

isk... dasat jugak korang ni berpantun..

to fg: ada la orang melaka cakap kepaya. roti mana? need some help here...

buah kepompong buah kepaya
orang melaka pun boleh pelik?
balik kampung untuk raya
alhamdulilah selamat pergi dan balik.

hafiz: isk banyak nak reply ni...

rendang ayam dan lemang berlemak
hidangan juadah hari makan
sedih tu memangle teringat ayah dan emak
tak raya tetap la raya kan?

elisa:

buah kepaya orang melaka cakap
ke rumah saya je yang cakap camtu?
itinerary raya pun ada siap
memang beraya sakan la kat saudi tu..

BDP said...

met hari raya mr.pink... :D

mosh said...

selamat hari raya, diah?

Gartblue said...

shucks! I suck at this.

anyhow.

Selamat Hari Raya!

mosh said...

gb. you suck many things eheheh. selamat hari raya... ampun....